Perlawanan kedua Liga Perdana Inggeris menyaksikan Man United menentang Swansea City di tempat lawan dan United sekali lagi membenam lawan mereka dengan jaringan 4-0.
8 gol yang terhasil dalam 2 perlawanan sudah cukup untuk membuktikan ketajaman dan persefahaman anak anak buah jose mourinho semakin meningkat.
Dalam perlawanan di Liberty Stadium semalam, United terpaksa menunggu sehingga minit ke 45 perlawanan untuk membuka jaringan pertama setelah tandukan Paul Pogba pantas disambar Eric Bailly untuk menjadikan kedudukan 1-0.
Setelah itu 3 gol terhasil dalam masa 5 minit apabila Romelo Lukaku, Pogba dan Anthony Martial masing masing menyumbang gol pada minit ke 82,84 dan 85.
Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan dan united terus unggul di takhta liga dengan 8 gol tanpa bolos.
Berikut merupakan keputusan perlawanan yang lain.
Stoke City 1-0 Arsenal
Swansea City 0 – 4 Manchester United
AFC Bournemouth 0 – 2 Watford
Burnley 0 – 1 West Bromwich Albion
Leicester City 2 – 0 Brighton & Hove Albion
Liverpool 1 – 0 Crystal Palace
Southampton 3 – 2 West Ham United
FOTO KREDIT: Man Utd