Connect with:




Gara-gara tiga penyokong menceroboh padang ketika pertembungan Liga Juara-Juara menentang Juventus kelmarin, Manchester United sekali lagi dikenakan denda selepas penyokong menyerbu Cristiano Ronaldo untuk kembali beraksi bersama pasukan lamanya itu.

Dalam pada itu, Ronaldo yang kembali ke United buat kali kedua sejak meninggalkannya pada 2009 dikatakan turut dipujuk oleh beberapa penyokong sebelum dia mengambil swafoto bersama mereka.

Jurucakap United memberitahu kelab berkenaan akan bertindak balas terhadap pertuduhan Uefa dan mengkaji semula “protokol keselamatan pitchside” mereka.

Dalam perkembangan yang sama,  Badan Kawalan, Etika dan Tatatertib Uefa akan mendengar sebutan kes tersebut pada 22 November.

Terdahulu,  United didenda 15,000 euro kerana kelewatan kick off menentang Valencia di Old Trafford bulan lepas.