Connect with:




Manchester United telah menandatangani kontrak baharu melibatkan Ashley Young, Sam Johnstone dan juga Daley Blind.

Young merupakan antara tonggak penting dalam skuad Jose Mourinho  musim ini dan merampas posisi pertahanan kiri daripada Luke Shaw.

Sementara itu pemain serba boleh, Daley Blind juga telah menandatangani kontrak baharu bersama United meskipun tidak mendapat tempat dalam skuad utama dan juga khabar angin mengatakan beliau akan berhijrah ke pasukan lain.

AS Roma antara pasukan yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Penjaga gol United, Sam Johnstone, yang kini dpinjamkan ke Aston Villa juga telah menandatangani kontrak baharu bersama The Red Devils.

Berikutan pelanjutan kontrak ini, pemain seperti Michael Carrick, Marouane Fellaini dan Zlatan Ibrahimovic masih tidak diberi kontrak baharu dan menyaksikan kontrak mereka akan berakhir penghujung musim ini.

Foto Kredit : worldfootball(dot)net