Connect with:




Sukan SEA 2019 bakal diadakan tidak lama lagi dan unifi berbesar hati mengumumkan
#khabarbaik yang seterusnya dengan pelancaran “Jersi Edisi Terhad” Team Malaysia dengan kerjasama Paragon Vest Sdn Bhd.

Usaha kolaborasi ini merupakan sebahagian daripada kempen #khabarbaik unifi bagi menyokong para atlit kebangsaan demi semangat bersatu hati serta sebagai menambah nilai kepada pengalaman yang dilalui oleh pelanggan dan warga kerja
menerusi unifi.

Team Malaysia sebagai “Penyokong Rasmi Atlit Kebangsaan”, telah melancarkan “Jersi Edisi Terhad” yang merupakan versi ke-4 jersi Team Malaysia bersempena dengan Sukan SEA ke-30 di Filipina dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Cetakan belang harimau pada jersi merupakan simbol kekuatan, kuasa, kepantasan dan kebanggaan negara selain mewakili semangat para penyokong yang memberikan aspirasi kepada para atlit di pentas dunia.

“Jersi Edisi Terhad” Team Malaysia telah dilancarkan oleh Pemangku Naib Presiden Eksekutif unifi, Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee dan Pengurus Besar Paragon Vest Sdn Bhd, Vincent Lai.

Ketika bercakap di majlis pelancaran, Moharmustaqeem Mohammed, berkata, “Sukan SEA merupakan acara sukan yang sangat popular di Malaysia dan kami mahu menyatukan seluruh warga Malaysia untuk menyokong para atlit negara yang menyertai kejohanan sukan ini.

“Menyarungkan jersi Malaysia sentiasa menjadi kebanggaan segenap lapisan masyarakat dan menunjukkan bahawa kita semua bersatu di bawah satu bendera. Kami di unifi mahu berkongsi dan memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan Sukan SEA dan menyokong pasukan negara.

“Oleh yang demikian, Melangkah ke Sukan SEA 2019 merupakan masa yang tepat untuk mengadakan peraduan Tanah Pusaka dan melancarkan Jersi Edisi Terhad pada hari ini – semuanya untuk para peminat atlit pasukan Malaysia.

“Kami berharap kempen ini dapat menyatukan semangat seluruh rakyat Malaysia dan menjadi bukti kepada komitmen kami yang tidak berbelah bagi dalam menyokong acara sukan negara.”

“Jersi Edisi Terhad” Team Malaysia boleh dipesan melalui laman web di https://www.pvestmarketing.com/
pada harga RM59.90 sehelai mulai 6 November 2019.

Menerusi perkongsian dengan Paragon Vest Sdn Bhd, jersi ini juga akan dijual kepada orang ramai di outlet-outlet di seluruh negara pada harga RM69.90 sehelai mulai 10 November 2019.