Connect with:




Umum telah mengetahui Telekom Malaysia Berhad (TM) kembali menaja Liga Malaysia (Liga M) selepas syarikat telekomunikasi itu menandatangani kontrak penajaan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Menerusi penajaan tersebut juga menyaksikan Unifi bertindak selaku penyiar utama Liga Super menerusi platform unifi tv.

Bagi merancakkan lagi demam bola sepak tempatan, Unifi telah membawa rombongan dari Kuala Lumpur yang terdiri dari pengamal media, selebriti serta peminat bertuah untuk menyaksikan sendiri perlawanan sepak mula Liga Malaysia 2020 iaitu Piala Sumbangsih antara JDT dengan Kedah.

Lebih menarik, perlawanan tersebut dimainkan di Stadium baharu pasukan JDT yang terletak di Iskandar Puteri iaitu Stadium Sultan Ibrahim. Selain menyaksikan perlawanan tersebut, rombongan juga dibawa melihat fasiliti-fasiliti bertaraf dunia yang ada di stadium itu.

JDT sekali lagi berjaya menjuarai Piala Sumbangsih di hadapan ribuan penyokong setia mereka menerusi jaringan tunggal Mauricio.

Terdapat juga karnival di luar stadium sebelum perlawanan berlangsung. Pihak unifi tidak ketinggalan menyediakan aktiviti menarik sepanjang karnival berlangsung.

Kepada penyokong bolasepak tempatan, anda kini boleh melanggan siaran langsung Liga Malaysia dengan harga serendah RM3! Anda boleh tonton perlawanan tersebut di kaca televisyen mahupun menerusi telefon pintar.

Untuk maklumat lanjut, layari https://unifi.com.my/ligamalaysia#non-unifi.