ULTRON dengan kerjasama Yayasan Generasi Malaysia telah melancarkan satu projek diberikan nama ‘TEE4TEEN’ yang akan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan di seluruh negara.

Mereka akan mengumpul dan mengedarkan pakaian sukan yang bersesuain ke rumah kebajikan dan kepada mereka yang kurang bernasib baik di seluruh negara. ULTRON merupakan jenama pakaian di Malaysia dan mereka sering bergerak dalam bantuan terutama dalam sukan.

“Untuk pengetahuan, tiap-tiap tahun kita akan adakan majlis sambutan ulang tahun dan berbuka puasa bersama-sama rakan kongsi, pelanggan dan beberapa persatuan yang lain. Namun tahun ini ia sedikit istimewa kerana kita telah menerima perhargaan dari Superbrands,” Kata Mr. Mark Chua, CEO ULTRON Malaysia.

“Saya rasa bangga dengan usaha ULTRON terutama dengan usaha menyatupadukan masyarakat tanpa kira bangsa. Semua mampu bersatu menerusi sukan,” kata Dato Sri Syed Hussien Al Habshee, SU National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia.

Antara anugerah yang pernah dimenangi ULTRON adalah :

  1. 2017/2018 Malaysia Entrepreneurship Excellence in the SME & Entrepreneurship Business Award by Malaysia Entrepreneur Foundation, endorsed by the Ministry of Prime Minister Department, Ministry of Human Resources and International Council of SME Malaysia.
  2. Asia SPIA Sports Industry Award 2017, ASIA TOP 10 SPORTWEAR BRAND
  3. Asia SPIA Sports Industry Award 2017- Best sponsorship of a sport, Team or Event (<USD 250,000,00)- Finalist
  4. Asia SPIA sports Award Industry Award 2016- Best Sports Brand, Retail, Activation or Product Launch of the year- Finalist.

Majlis ini telah diadakan di Hotel Journal di Kuala Lumpur pada 9 Jun baru-baru ini bersempena ulang tahun ketiga ULTRON. Turut hadir bersama adalah rakan media, rakan perniagaan dan beberapa persatuan lain bagi memeriahkan lagi majlis itu.