Harga tiket perlawanan akhir Sukan SEA bagi acara bola sepak lelaki ditekan oleh ulat tiket sehingga lima kali ganda dari harga asal.

Rata-rata ulat tiket dipercayai mempromosikan menjual tiket perlawanan akhir di antara Malaysia dan Thailand itu di media sosial.

Selain itu iklan tersebut juga turut dipromosi melalui aplikasi seperti Mudah dan Carousell.

Menurut seorang pelanggan, Ahmad Afiq,23, tiket yang dijual oleh ulat tiket boleh mencecah sehingga RM100.

“Saya amat kecewa, tiket tidak dijual online. Nak beli pula kena beratur panjang.

“Pergi cari ulat tiket, harga pula ditekan sehingga lima kali ganda. Kami yang beratur seharian di perkarangan stadium Shah Alam terpaksa berputih mata,” ujarnya.

Afiq berkata, dia berharap agar pihak penganjur dapat membuka kaunter online atau mencari jalan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan tiket perlawanan akhir itu.