Batu caves : Seramai 110 peminat terjunan BASE dari serata dunia meraikan ulangtahun ke-10 Gua Damai International Base Jump di Gua Damai Extreme Park, Batu Cave sejak semalam.

Rata-rata peserta yang menyertai acara ini berasal dari negara Perancis, Amerika Syarikat, Rusia, dan Brazil mulai ‘berkampung’ di Malaysia sejak awal bulan lalu sempena Sibu International BASE Jump pada 22 hingga 24 September lalu.

Pengarah Acara Mustapha al-Bakri Omar berkata, Gua Damai ini sudah mendapat perhatian peminat BASE jump dan boleh dikatakan setiap tahun pasti suasana meriah

“Kesinambungan ini diteruskan bagi mempromosikan Gua Damai, Batu Cave pada 26 dan 27 September sebagai acara penutup.” Ujarnya.

Yang menariknya, suasana yang ada di Gua Damai tidak seperti di tempat yang lain, hal ini kerana terdapat banyak keindahan alam yang dapat dilihat sebelum penerjun melakukan terjunan di puncak bukit.

Menurutnya, penganjuran kali ke-10 ini adalah untuk persediaan peserta Base bagi menghadapi KL Tower International Jump Malaysia (KLTIJM) yang ke-17 yang akan diadakan pada 29 September hingga 2 Oktober ini.

“Acara yang akan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang manakala terjunan malam pada jam 8 hingga 10 malam.” Katanya.

Tambah Mustapha lagi, acara ini juga untuk mempromosikan khazanah alam yang terdapat dala, negeri selangor serta mengajak orang ramai untuk berkunjung ke Gua Damai yang sememangnya tidak ramai yang mengetahui kewujudan tempat ini.

Bagi yang ingin mengunjungi Gua Damai Extreme Park, Batu Cave, ianya juga terdapat banyak aktiviti seperti, Rock Climbing, Abseiling, Jungle trekking, BMX, dan BASE Jump.