Connect with:




Terengganu FC II membawa bekalan selesa ke Kuala Terengganu hujung minggu ini apabila mengikat UKM 2-2 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Challenge Cup edisi sulung di Stadium Shah Alam semalam.

TFC II terlebih dahulu mendahului minit ke-31 menerusi rembatan half-volley Sharin Sapien sebelum The Varsity Boys menyamakan kedudukan 5 minit kemudian menerusi Michael Ijezie hasil kesilapan Hasbullah Awang yang gagal mengeluarkan bola dalam situasi bahaya.

UKM FC mendahului pada separuh masa kedua hasil gol sendiri daripada Sebastien Thurrier yang tertampan bola kearah gol sendiri pada minit ke-73 perlawanan.

Selang 2 minit kemudian, Zuasyraf Zulkefli menjaringkan gol penyamaan buat pasukan dari pantai timur itu untuk memastikan bekalan selesa pada final timbal balik kedua yang bakal berlangsung 15 Oktober nanti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Foto: Facebook UKM FC