Perak harus melakar sejarah dalam perlawanan timbal balik apabila menentang Johor Darul Ta’azim (JDT) untuk mara ke final Piala Malaysia, Sabtu ini.
Perak akan menghadapi cabaran yang sukar menentang JDT kerana tuan rumah memegang rekod tanpa kalah di Stadium Larkin untuk empat musim berturut-turut.
Pada musim ini, JDT telah menjaringkan 48 gol dalam 17 perlawanan di laman sendiri, menerusi penyerang trio mereka, pemain kelahiran Lebanon Mohamed Ghaddar Mohamed dan pemain Argentina Gabriel Guerra and Gonzalo Gabrera.
Namun, pengurus The Bos Gaurus, Ahmad Shahrul Azhar Sofian mahu pasukannya percaya bahawa mereka mampu raih kemenangan di Larkin.
“Kita perlu mengubah minda bahawa JDT tidak boleh tewas di laman sendiri. JDT merupakan pasukan yang hebat tetapi kita tidak boleh pergi ke sana dan mengaku kalah.
“Kita harus berfikiran positif sepanjang masa dan mesti mempunyai keinginan untuk menang. Nasihat saya kepada pemain adalah untuk bermain dengan bersungguh-sungguh,” katanya.
Pada 18 Februari lalu, Perak mengejutkan JDT dengan kemenangan 2-1 di laman sendiri dalam aksi Liga Super, namun JDT bangkit untuk menang 2-1 di Larkin pada 26 Julai.
Foto Kredit: Asiana.MY