Argentina harus menang menentang Ecuador dalam perlawan akhir aksi kelayakan Piala Dunia dalam usaha untu melayakkan diri ke Rusia, tahun depan.
Dua kali juara dunia itu menduduki tangga keenam dengan 25 mata daripada 17 perlawanan, manakala musuh tradisi mereka, Brazil kini layak ke pusingan akhir Piala Dunia dan meraih juara Amerika Selatan.
Kapten pasukan La Albiceleste, Lionel Messi telah memimpin pasukannya ke final Piala Dunia 2014 di Brazil namun telah melihat pasukannya mengalami kempen kelayakan yang mengecewakan sekali gus tersingkir dari kedudukan kelayakan automatik.
Hanya empat pasukan menduduki tangga teratas akan layak secara automatik ke pusingan akhir manakala pasukan yang berada di tangga kelima akan menentang juara Oceania, New Zealand pada aksi playoff.
Argentina hanya pernah menang sekali sahaja di tanah air Ecuador tetapi tiga mata akan menjaminkan tempat mereka di saingan playoff.
Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli merupakan jurulatih ketiga Argentina bagi kempen kelayakan mereka, masih belum memberikan sebarang maklumat tentang kesebelasan utamanya menentang Ecuador.
Argentina hanya mampu meledak 16 gol dalam 17 perlawanan, lebih sedikit berbanding pasukan lain selain Bolivia, yang menjaringkan 14 gol sahaja.

Foto Kredit: Twitter (Argentina Football Team Official Page)