Futsal IPT dianjurkan buat tahun ketiga

 

“Kami bertekad untuk mencipa ‘treble’ selepas berjaya menjuarai edisi 2010 dan 2011”. Begitulah ungkapan dari pengurus futsal UiTM, En.Ezwan Othman selepas majlis undian futsal Grand Finale di UIAM Gombak.

UiTM selaku juara bertahan bagaimanapun dijangka menghadapi saingan sengit di peringkat suku akhir dengan 2 pasukan pilihan berkemungkinan menjadi lawan mereka nanti iaitu Universiti Multimedia Malaysia (MMU)  selaku pasukan ranking pertama atau Kolej Komuniti Selangor (KK Selangor) yang juga finalis edisi 2011.

UiTM mahukan gelaran hatrik

 

Bagi MMU pula, walaupun diletakkan di ranking pertama, sasaran mereka kali ni adalah untuk sekurang-kurangnya melayakkan diri ke suku akhir.

“Kami tiada pemain kebangsaan seperti pasukan UiTM atau KK Selangor. Namun saya percaya dengan adanya 3 pemain luar negara; 2 dari Nigeria dan 1 dari Eritrea, MMU mampu memberi saingan” jelas pengurus MMU, En. Faizal Md So’od.

 

MMU mampu memberi saingan dengan diperkuatkan 3 pemain luar negara

 

Kategori wanita pula menyaksikan UM selaku pasukan ranking kedua bakal menghadapi saingan sukar di peringkat kumpulan selepas diundi bersama juara bertahan, UiTM.

Dalam pada itu, bagi Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Saharudin Haji Ismail, penganjuran edisi ketiga ini diharap dapat terus membantu FAM dalam membentuk skuad futsal yang mantap.

“6 orang atlit futsal IPT telah terpilih dalam pasukan Malaysia untuk Sukan Sea di Palembang dan Kelayakan Piala AFF Asia di Bangkok Thailand. Tahun ini pula, 12 pemain IPT telah dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan. Ini membuktikan kejohanan secara dasarnya memberi sokongan buat FAM dalam melahirkan pemain-pemain futsal bertaraf antarabangsa” ujar Dr. Saharudin dalam sidang media acara tersebut.

Dr Saharudin berharap kejohanan futsal IPT menjadi pembekal pemain kepada FAM

 

Majlis undian kali ni sedikit luar biasa dengan 4 pasukan pilihan lelaki dan 2 pasukan pilihan wanita dibenarkan untuk memilih kumpulan yg ingin mereka hadapi.

Berikut merupakan keputusan undian futsal IPT Grand Finale yg akan berlangusng pada 10-14 Oktober ini di UiAM Kuantan:

Kategori Lelaki:-

Kumpulan A:
Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Universiti Islam Antarabangsa
Kolej Universiti Shahputra
University of Management & Technology

Kumpulan B:
Politeknik Merlimau Melaka
Politeknik Sultan Ibrahim
Universiti utara Malaysia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kumpulan C:
Universiti Multimedia Malaysia
Kolej Komuniti Selangor
Universiti Malaysia Terengganu
Politeknik Sultan Ahmad Shah

Kumpulan D:
Universiti Teknologi Mara
Kolej Komuniti Pulau Pinang
Kolej Komuniti Pahang
Kolej Komuniti Sabah

Keputusan Undian Kategori Wanita:

Kumpulan A:
Universiti Malaya
Universiti Teknologi Mara
Universiti Malaysia Terengganu
Politeknik Kota Kinabalu

Kumpulan B:
Universiti kebangsaan Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa
Politeknik Ungku Omar
Universiti Tun Hussien Onn