HafizĀ  Harun muncul wira UiTM Shah Alam apabila meledak dua gol untuk memastikan kejayaan 3-0 ke atas Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) pada aksi terakhir Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi – Liga IPT – 2011 sekali gus muncul juara musim kedua berturut-turut, kelmarin.

Satu lagi gol UiTM yang beraksi ditempat sendiri, menerusi Syafiq Aizat.

Kemenangan ini meletakkan juara bertahan itu kekal di puncak dengan 19 mata membuatkan Kolej Komuniti Kedah (KKK) gigit jari sekali pun menang 1-0 ke atas Universiti Malaysia Sabah (UMS).

KKK yang dipimpin bekas pemain Kedah, Mohammad Ramlee mengharapkan ‘Lions Troop’ dari Shah Alam itu kecundang membolehkan mereka memintas, namun terpaksa berpuas hati di tangga kedua dengan 17 mata pada musim pertama penyertaan mereka.

“Saya bangga dengan persembahan anak buah,” kata pengurus pasukan, Ariff Hashim. “Semuanya mengikut perancangan serta sokongan padu pihak pengurusan membolehkan kejayaan ini dicipta.

“Kami juga akan memastikan bakat Hafiz (Harun) tidak pupus begitu sahaja. Kami akan membentuknya hingga menjadi pemain terbaik dalam dalam Liga Super.”

Keputusan Divisyen 1, 28 Mei 2011

UiTM Shah Alam 3 UTHM 0

UMS 0 KKK 1

PKB 1 UKM 2