UiTM FC bermula langkah kanan apabila berjaya mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Pulau Pinang dalam sainganLiga Perdana yang berlangsung di Stadium UiTM.

Tuan rumah, UiTM FC berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-16 permainan melalui Sadam Hashim yang berjaya melepaskan rembatan di luar kotak penalti dan gagal di selamatkan oleh penjaga gol Pulau Pinang, Amirul Asraf.

Pulau Pinang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-74 melalui Ken Ilso Larsen. Pulau Pinang terus mengasak ke kubu lawan untuk mencari gol kedua dan keghairahan Pulai Pinang mencari gol telah di hukum oleh UiTM FC apabila berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-85 dan minit ke-91 menerusi Lucas Ramon dan Bakary Dao.

Kurang keserasian antara pemain punya utama Pulau Pinang tewas dan ia jelas kelihatan ketika perlawanan malam tadi apabila banyak salah faham berlaku di dalam padang.

Ini sudah tentu tugas berat untuk jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan untuk membentuk kembali ‘team work’ dalam perlawanan akan datang. Perlawnanan Kedua nanti Pulau Pinang akan menerima kunjungan pendatang baru, UKM FC.

Malam ini akan berlangsung lagi 5 perlawanan Liga Perdana.

Foto Kredit : FB UiTM FC