Bermula musim depan, UEFA akan menerapkan beberapa peraturan seperti membenarkan seseorang pemain itu mewakili 2 kelab yang berbeza selain pasukan dibenarkan guna empat pemain gantian dalam saingan Champions League (UCL) dan Europa League (UEL).

Setiap pasukan dibenarkan menggunakan empat pemain gantian berbanding tiga pemain gantian sebelum ini. Namun pemain gantian keempat itu hanya boleh digunakan ketika pasukan bermain dalam masa kecederaan dalam peringkat kalah mati saingan UCL dan UEL musim depan nanti.

Bermula musim depan juga, pemain tidak perlu risau lagi jika ingin berpindah ke kelab baru pada pertengahan musim kerana UEFA telah menggubal undang-undang baru untuk membolehkan pemain itu bermain dengan dua pasukan berbeza.

Hal ini kerana, sebelum ini sering terjadi apabila pemain yang pernah dalam saingan UCL dan berpindah ke kelab yang layak ke UCL, tidak dibenarkan bermain begitu dalam saingan UEL.

Contohnya seperti kes Philippe Coutinho yang berpindah dari Liverpool ke Barcelona namun tidak boleh bermain sainga UCL musim ini. Ini kerana kedua-dua pasukan yang diwakili Coutinho bermain dalam saingan yang sama iaitu UCL.

Foto Kredit : dw(dot)com

Kes yang sama juga berlaku pada Pierre-Emerick Aubameyang yang berpindah dari Borussia Dortmund ke Arsenal. Meskipun Dortmund bermain UCL, namun ketika perpindahan terjadi, mereka sudah bermain dalam saingan UEL sama seperti Arsenal.

Peraturan sebelum ini, pemain itu boleh bermain dengan kelab berbeza jika datang dari saingan yang berbeza. Hal ini dilihat sedikit sebanyak merugikan pasukan selain menyekat hasrat pemain yang ingin berpindah ke kelab baru pada pertengahan musim.

Foto Kredit : standard(dot)co(dot)uk

Contoh seperti Alexis Sánchez dan Henrikh Mkhitaryan yang boleh mewakili kelab masing-masing kerana Arsenal dan Manchester United bermain dalam saingan yang berbeza.

Malah UEFA juga membenarkan sesebuah pasukan itu mendaftar 23 pemain dalam perlawanan akhir UCL dan UEL serta Piala Super Eropah berbanding sebelum ini hanya 18 pemain. Peraturan ini sudah tentu memberi kelebihan kepada jurulatih kerana beliau akan lebih banyak pilihan untuk merencanakan strategik nanti.

Foto Kredit : maltatoday(dot)com(dot)mt