Connect with:




Dokumen yang dipohon perlu dikemukakan secepat mungkin kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bagi membolehkan badan induk berkenaan berbincang untuk memutuskan pembiayaan dana atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin.

Datuk Karim Ibrahim selaku presiden KOM menegaskan Irfan yang berlepas ke Prague, Republic Czech malam kelmarin menggunakan wang sendiri perlu menunjukkan kertas cadangan dengan lebih terperinci supaya pihaknya boleh berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai status penajaan terhadapnya.

“ Atlet berkenaan harus mengemukakan surat daripada Persekutuan Olahraga Republic Czech bagi pengesahan status jurulatih baharunya, Imrich Bugar selain pelan masa hadapan di Kejohanan Dunia Doha, Qatar, September ini.

“Dia juga perlu menjelaskan tentang pelan yang berkaitan Kejohanan Asia di Doha dan Kejohanan Sukan Universiti Dunia yang akan berlangsung, Julai ini.

“Irfan harus mencadangkan sasaran yang ingin ditetapkan untuk Kejohanan Asia, Kejohanan Melempar Cakera Lativia, kedua-duanya pada Mac ini.

Selepas semua dokumen lengkap dihantar, pihak KOM akan mengadakan perbincangan bersama MSN sama ada mereka boleh meluluskan dana atau sebaliknya.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Irfan, 23 pemenang emas  Sukan Sea 2017, memerlukan lebih RM 100 000 untuk menjalani latihan selama 85 hari di Eropah termasuk bayaran jurulatihnya iaitu sebanyak RM 27 500.

Irfan yang berlepas tanpa kelulusan KOM dan MSN itu turut menyuarakan beberapa perkara yang kurang senang terhadap pengurusan KOM dan MSN yang dianggap tidak menjaga kebajikan atlet.

Foto: Irfan_Sham