Connect with:




Slot separuh akhir dalam kejohanan Terbuka Malaysia menyaksikan wira negara kita, Dato’ Lee Chong Wei diletakkan sebagai pemain ‘underdog’ apabila beliau dijadualkan bakal bertemu dengan jaguh badminton nombor satu dunia, Victor Axelsen di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari ini.

Dalam pada itu, Chong Wei  mengesahkan tempat ke aksi suku akhir apabila mencatatkan kemenangan mudah 21-7, 21-7 ke atas pemian veteran Korea Selatan, manakala Axelsen pula terpaksa bekerja keras sebelum merekodkan kemenangan 23-21,19-21,21-11 ke atas Tanongsak Saensomboonsuk dari Thailand dalam pusingan kedua, semalam.

Chong Wei, 36 memberitahu beliau tekas untuk memastikan harapannya merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali ke-12 namun tidak menyangkal Axelsen merupakan pemain pilihan dalam acara tersebut.

“Axelsen adalah pemain nombor satu dunia. Saya tidak akan rugi apa-apa semasa menentangnya. Naumn, saya akan berusaha keras untuk memberikan aksi yang terbaik apabila berdepan dengannya,” kata Chong Wei.

“Itu juga adalah sasaran saya untuk memenangi gelaran ke-12 disini dan menetapkan rekod yang mustahil bagi orang lain untu pecahkannya.”

Berdasarkan rekod pertembungan terakhir, Chong Wei mempunyai sedikit kelebihan apabila dia pernah mengatasi Axelsen dekat Piala Thomas d Bangkok, Thailand bulan lepas.

Sementara itu, pemain dari China, Shi Yugi telah menunjukkan jalan keluar kepada juara bertahan, Lin Dan selepas dia tewas di tangan rakan senegara, 19-21, 12-21.