Tekanan yang tinggi buat penerjun negara Nur Dhabitah Sabri, kerana selepas temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 beliau akan meyertai dua kejohanan besar yang akan berlangsung tahun depan.

Malaysia menyasarkan atlet untuk terus berlatih kerana dua kejohanan yang akan berlangsung nanti bakal menjadi penanda aras untuk menguji kemampuan atlet.

Kecederaan yang dialaminya ketika Sukan SEA KL2017 tidak menjadi penghalang untuknya untuk terus giat berlatih menjelang Grand Prix 2017 hujung bulan depan.

Dhabitah berkata “kecederaan yang semakin pulih membolehkan saya berlatih akan memberi yang terbaik untuk kejohanan Grand Prix  Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel di Goal Coast nanti”

Penerjun negara dijangka akan berkampung di China bagi latihan susalan untuk menghadapi dua kejohanan utama pada tahun depan.

“Para penerjun negara akan berlatih di Malaysia buat masa ini, tarikh untuk berlatih di China belum ditentukan lagi”,

“Saya kini menyelaraskan latihan dengan pelajaran, kerana saya ingin meneruskan pelajaran ke peringkat university”,katanya.

Dhabitah meraih satu emasa dalam acara 3 meter terjun seirama bergandingan dengan Wendy Ng dan perak dalam 3 meter papan anjal individu di Sukan SEA KL2017.

Skuad terjun negara menyapu bersih 13 emas yang ditawarkan dan merangkul lima perak dan satu gangsa di temasya Sukan SEA KL2017.

Foto Kredit: Twitter Dhabitah