Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ, Ahmad Afif Amran menghadapi tugas sukar dalam menyekat Kasma Daniel Kasmayudin daripada mengungguli kategori CP150 pada saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas Batu Kawan,Pulau Pinang yang bermula esok dan hujung minggu ini.

Perbezaan 25 mata menjadi tugas sukar buat Afif yang kini berada di tangga kedua untuk menyekat Kasma (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) yang bakal dinobat menjadi juara keseluruhan jika berjaya menamatkan kejohanan di depan Afif.

Pelumba 22 tahun itu juga harus berjaga jaga dengan cabaran dua pelumba ditempat ketiga dan keempat yang juga rakan seperjuangan Kasma,Ahmad Fazli Sham dan Mohd Ramdan Rosli masing-masing dengan 75 mata dan 70 mata.

 

Trivia menarik Pelumba Petronas Cub Prix

 

1) Tuah Hafizh Syahrin

Hafizh Syahrin berjaya meraih podium kedua dalam kariernya selepas perlumbaan di Grand Prix San Marino. Kemenangan yang harus dibanggakan buat Malaysia. Mana tidaknya, Malaysia sebuah negara kecil namun mempunyai bakat yang handal dalam sukan permotoran ini. Karier Moto2nya bermula apabila dia terpilih melalui tiket wildcard pada tahun 2011 sebelum beralih ke Kejuaraan Sepanyol (CEV) dan Kejuaraan Moto2 Dunia pada tahun 2014.

 

2) Bekas pelumba negara kembali beraksi

Bekas pelumba Moto3 negara,  Amirul Hafiq Azmi  telah kembali menyertai perlawanan selepas namanya tersenarai antara pelumba CP150 pada pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS September lalu.  Beliau mewakili Onexox TKKR Racing.

 

3) Kemenangan sulung Afif.

Pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 di litar Stadium Mini Teluk Intan menyaksikan Ahmad Afif Amran  muncul sebagai juara bagi kategori CP150.  Afif menamatkan 20 pusingan dalam 20 minit dan 43.660s.

 

Pelumba Cub Prix di Malaysia

 

1) Senior Juara Expert

Shahrun Nizam Tamin memulakan kariernya sebagai pelumba Cub Prix pada tahun 1983 dan telah memenangi gelaran Raja Expert di usia 37 tahun.  Semangat yang jitu ditunjukkan selama 20 tahun membuahkan hasil dengan membawa pulang tahta Expert pada musim 2003.

 

2) Junior Juara Expert

Pada tahun 2005, Norizman Ismail menjadi pelumba paling muda dalam sejarah Cub Prix dan pada masa itu beliau hanya berusia 20 tahun.

 

3) Juara Expert 4 kali

M.Meganathan boleh dikira sebagai ‘legend’ apabila berjaya merangkul empat kali gelaran Juara Expert.  Hal ini berikutan beliau memenangi dua musim berturut-turut dalam kariernya.  Beliau memenangi pada tahun 1994,1995,1999 dan 2000.  Beliau memulakan kariernya seawal musim 90an dan bersaa pada tahun 2008.

 

Foto Kredit : Facebook ( Malaysian Cub Prix )