Pasangan suami isteri yang pertama pada temasya sukan Para ASEAN Kuala Lumpur telah menggegarkan negara apabila pasangan tersebut berjaya merangkul pingat pada kejohanan ini.

Dua atlet olahraga, Muhammda Hafiz merangkul pingat perak dalam acara lontar peluru F37 Palsi Serebrum (CP) dengan catatan 10.50 meter manakala isterinya Siti Noor Iasah memungut pingat emas bagi acara 400 meter T20 (masalah pembelajaran) dengan catatan 60.86 saat.

Bagi suami isteri yang mendirikan rumah tangga sejak tahun 2010 yang lepas, kemenangan mereka ini akan mereka ingati selamanya, lebih manis lagi kemenangan ini amat bermakna buat cahaya mata mereka Nur Iman Qaisara yang baru berusia lima tahun.

“Kecemerlangan kami pada temasya ini adalah berkat doa dan sokongan dari keluarga tercinta sehingga mereka berjaya meraih pingat untuk dijadikan kenangan.” Katanya.

Noor Iasah memenagi pinat emas dalam acara 400 meter menewaskan atlet dari Indonesia, Tiwa dengan catatan 67.97 saat manakala gangsa dirangkul oleh Nur Alia Ardiela Natasya dengan mencatat 65.48 saat yang juga atlet Kebangsaan.

Salam acara lontar peluru T37, Hafiz tewas di tangan atlet Indonesia, Ahmad Fauzi dengan mencatat 10.57 meter sementara itu pingat gangsa diraih oleh rakan senegara Hafiz iaitu Tomson Lim dengan catatan 9.95 meter.

Sebelum tamasya dwitahunan ini, pasangan suami isteri ini juga pernah merangkul pingat di sukan Para ASEAN 2015 yang berlangsung di Singapura.

Foto Kredit: Utusan online