Connect with:




Dalam mempromosikan sukan golf untuk pelapis-pelapis negara, Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) turut menganjurkan sebuah Kejohanan Golf Amatur bawah 21 tahun iaitu ‘TSM Golf Challenge’ buat kali ke-11 yang berlangsung pada 25 hingga 28 Mac 2019.

Selepas sahaja sesi perasmian oleh Presiden TSMCG, Dato’ Ir Zainuddin Mohd Radzi, kejohanan untuk pusingan pertama bermula yang membabitkan seramai 80 peserta.

Kejohanan ini telah dipersetujui oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) kerana ia adalah sebahagian daripada kejohanan untuk para pemain mengumpul mata dan menaikkan ranking dunia mereka.

Lebih penting, matlamat kejohanan ini adalah untuk mengenalpasti dan mempamerkan pemain golf muda yang berbakat di bawah umur 21 tahun dengan handicap 10 dan ke bawah di negara ini.

Kejohanan ini juga adalah acara utama TSMCG untuk program pengenalan bakat untuk menghasilkan pemain profesional yang akan cemerlang di peringkat antarabangsa. Kejohanan ini adalah kejohanan yang selalu diinginkan oleh para peserta selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2015.

Seramai 80 pemain golf muda telah dikenalpasti oleh MGA untuk mengambil bahagian dalam kejohanan ini berdasarkan kepada titik terkumpul mereka dari ROAD TO 11TH GOLF TSM.

Bagi kejohanan kali ini, TSMCG menawarkan biasiswa bernilai RM 100,000.00 kepada pemenang utama lelaki dan perempuan kategori di bawah umur 21 tahun untuk menjalani latihan di akademi latihan golf terpilih.

Biasiswa termasuk perbelanjaan untuk tempoh 6 bulan hingga setahun di bawah Program Latihan Golf serta mengambil bahagian dalam pertandingan yang dijadualkan di kawasan-kawasan yang dikendalikan oleh MGA.

Foto : TSMCG