Connect with:




Jelajah Eropah telah mengesahkan bahawa trofi Piala Ryder akan berada di ibu negara Malaysia selama seminggu apabila kapten Eropah yang memenangi kejohanan 2018, Thomas Bjørn, serta Padraig Harrington, yang baru dilantik sebagai kapten Eropah untuk kejohanan 2020 di Amerika Syarikat, melawat bandar untuk Kejuaraan Maybank.

Bjørn dan Harrington akan bersatu semula dengan trofi sebelum, dan semasa Kejuaraan Maybank, iaitu satu perhentian tetap dalam Jelajah Eropah Race to Dubai, yang akan berlangsung di Saujana Golf & Country Club dari 21-24 Mac tahun ini.

Pengunjung ke Kejohanan Maybank akan berpeluang melihat trofi yang akan dipamerkan secara eksklusif di The Village di Saujana Golf & Country Club, dari 8:30 pagi hingga 10:00 pagi pada 24 Mac 2019 (Ahad).

Ini merupakan musim ke-21 yang mana Jelajah Eropah tiba di Kuala Lumpur, lokasi kejohanan pertama Jelajah ini di luar Eropah.

Eropah memenangi semula Piala Ryder pada bulan September lalu di Le Golf National di Paris, apabila pasukan Bjørn mengalahkan Pasukan Amerika Syarikat Jim Furyk dengan 17½ mata melawan 10. Sekarang Harrington akan cuba mengekalkan trofi apabila edisi ke-43 acara dwitahunan ini berlangsung di Whistling Straits Golf Course, Wisconsin, Amerika Syarikat dari 25-27 September 2020.

Bjørn menjadi pemain pro pada tahun 1993 dan memiliki tidak kurang daripada 15 kemenangan Jelajah Eropah. Pemain berusia 47 tahun itu adalah pemain golf paling berpengalaman dari Denmark dan yang pertama dari negaranya untuk melayakkan diri menyertai pasukan Piala Ryder Eropah sebagai seorang pemain.

Bjørn, yang juga menerajui Pasukan Eropah untuk meraih kemenangan ke atas Pasukan Asia di Piala EurAsia pada bulan Januari 2018 di Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam, telah berada di dalam tiga pasukan Piala Ryder Eropah sebagai seorang pemain – pada 1997, 2002 dan 2014 – dan pemenang pada setiap kesempatan.

Juara Utama tiga kali, Harrington, telah berada di dalam enam pasukan Piala Ryder Eropah dan empat sebagai pemenang – 2002, 2004, 2006, dan 2010. Pemain berusia 47 tahun itu juga pernah berkhidmat sebagai naib kapten sebanyak tiga kali.

Penyertaan Bjørn dan Harrington dalam Kejohanan Maybank akan diketengahkan bersama pemenang Utama empat kali, Ernie Els dari Afrika Selatan. Turut hadir di lapangan di Saujana adalah juara bertahan Shubhankar Sharma, Duta ASEAN Maybank Gavin Green, dan 60 orang pemain yang masing-masing diambil daripada Jelajah Eropah dan Asia. Kategori ASEAN sekali lagi akan diketengahkan di lapangan, bersama-sama dengan 15 individu daripada 150 pemain terulung dunia dan 13 warga Malaysia.

Kejohanan Maybank, iaitu kejohanan golf utama Malaysia, menawarkan hadiah bernilai AS$3juta dan akan berlangsung buat kali keempat pada bulan Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara akan datang dan maklumat lain yang berkaitan dengan Kejuaraan Maybank, sila log masuk ke: www.maybankchampionship.com.my