Chinlone merupakan sukan yang berasal dari Myanmar. Ia juga merupakan sukan tradisional yang dimainkan di sana.

Sukan ini mula diperkenalkan di Sukan SEA Myanmar pada tahun 2013.

Keunikan Chinlone:

-Chinlone merupakan gabungan sukan dan tarian.

-Chinlone memerlukan kemahiran pemain untuk menimbang bola takraw mengikut disiplin berdasarkan kategori.


Cara bermain :

-Chinlone dimainkan seramai enam orang satu pasukan di dalam bulatan.

-Ia menggunakan bola takraw yang bersaiz lebih besar.

-Kiraan matanya pula menerusi setiap timbangan sempurna oleh setiap pemain dalam masa 10 minit.

Kategori :

-non-repetition event (primary)
-same stroke event
-linking event
-non-repetition event (secondary).

Trivia

Myanmar merupakan kuasa besar dalam sukan Chinlone tetapi negara tersebut tidak menyertai acara ini dalam Sukan SEA 2017.