Connect with:




Siapa yang tidak mengenali Ronda Rousey? Wajahnya yang unik memiliki watak yang garang merupakan bekas juara UFC dahulu. Namun, pada kejohanan “Elimination Chamber” yang berlangsung semalam, Ronda Rousey secara rasminya merupakan bintang gusti WWE setelah menandatangai perjanjian RAW.

Segmen yang amat dinanti-nantikan pada malam itu membawa kepada sedikit konflik sebelum beliau meletakkan pen pada kontrak WWE yang baru.

Babak pembukaan dimulakan dengan Pengurus Besar RAW Kurt Angle, Triple H dan Stephanie McMahon mengalu-alukan “The Baddest Women On The Planet” kepada WWE iaitu Ronda Rousey.

Selepas itu, Rousey mengambil mikrofon untuk mengucapkan terima kasih kepada WWE Universe yang mengalu-alukannya dan juga mengiktiraf lagenda WWE, Roddy Piper ‘Rowdy’ sebagai inspirasi untuk mengejar kerjaya dalam bidang WWE yang meluas.

Tanpa melengahkan masa, Triple H kemudian menggesa Rousey menandatangani kontrak  termasuk perlawanan untuknya di kejohanan terbesar gusti (WrestleMania 34) pada bulan April nanti.

Namun, sebelum dia meletakkan pen ke atas kertas kontrak, beliau terus memandang ke arah Angle yang sedang bertekak dengan Triple H. Susulan itu, beliau seakan-akan dapat menghidu agenda yang tidak baik dari Triple H dan isterinya dan terus bertanya kepada Angle. Seterusnya, Angle mendakwa Triple H dan Stephanie mahu memanipulasi Rousey dengan membalas dendam kerana memalukan mereka kembali di WrestleMania 31.

Menurut Angle yang pernah memenangi pingat emas dalam Olimpik, Triple H merujuk Rousey, Juara Bantamweight bekas UFC  itu sebagai “b ****”.

Rousey terus berhadapan dengan Stephanie McMahon sebelum suaminya, Triple H memaksa untuk meleraikan ketegangan antara mereka. Selepas Triple H memusingkan badannya untuk bercakap dengan Rousey, tanpa berfikir panjang, Rousey dengan pantas mengangkat Triple H dan menghentaknya ke atas meja sehingga patah.

Stephanie yang terkejut terus memberi tamparan hebat ke wajah Rousey dan cepat melarikan diri dari arena gelanggang.

Segmen itu diakhiri dengan kontrak yang ditandatangani oleh Rousey dan melemparkannya ke Triple H yang sedang terbaring.

Bekas ikon UFC kini telah disahkan akan bertarung di  WrestleMania. Kemungkinan, beliau akan begandingan dengan bintang WWE lelaki  dalam perlawanan pasukan tag campuran menentang Triple H dan Stephanie McMahon. Anda rasa siapa yang bakal bergandingan dengan “The Baddest Women on the Planet” ini?

Foto Kredit: WWE