Kuala Lumpur : Skuad Wushu Malaysia mengakhiri kempen Kejohanan Wushu Dunia dengan cemerlang apabila menambah koleksi emas menerusi acara duilian (koreografi tempur) wanita semalam di Kazan, Russia.

 

Kejohanan Wushu Negara diserikan lagi dengan kemenangan skuad trio negara, Loh Yin Ting,Phoon Eyin dan Tan Cheong Min berjaya memikat hati juri dengan rutin yang dipamerkan mereka bagi meraih 9.46 mata sekali gus meraih pingat emas.

 

Pingat perak dimenangi atlet dari Amerika Syarikat, Lucy Lee dan Mia Tian dengan 9.22 mata manakala pingat gangsa dimilik oleh peserta Macau,9.20 mata.

 

Kejayaan kontinjen dimulakan apabila Wong Weng Son meraih pingat emas dalam acara jianshu (pedang) lelaki pada Isnin lalu menewaskan pencabar dari Korea Selatan dengan mata perlawanan 9.64 berbalas 9.60 mata.

 

Kemenangan ini amat bermakna apabila Wong Wen Son hanya meraih pingat perak pada edisi Sukan Sea 2017 baru baru ini.

 

Juara keseluruhan bagi Kejohanan Wushu Dunia disandang oleh pasukan China dengan lapan emas dan lapan gangsa diikuti Hongkong (5-3-3) manakala Korea Selatan dan Indonesia berkongsi di tempat ketiga (2-4-1).

 

Malaysia mengakhiri kejohanan dunia ini di tempat keempat dengan berbekalkan dua emas, tiga perak dan tiga gangsa.

 

Foto Kredit: MYTeam MAS