Connect with:




Se

orang peserta Port Dickson International Triathlon lemas ketika menyertai acara tahunan itu di sini, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Mohd Faisal Mohd Noor dalam kenyataan di sini berkata Tharm Wei Wong, 39, yang berasal dari Pulau Pinang lemas semasa berenang di pantai Port Dickson ketika menyertai acara renang.

Mangsa telah berenang dari garis permulaan menuju ke pantai untuk meneruskan acara yang seterusnya iaitu acara berbasikal. Jarak antara permulaan acara renang ke pantai lebih kurang 750 meter.

“Semasa berenang, mangsa dipercayai telah lemas. Anggota bomba telah memberi bantuan kecemasan dan bantuan penafasan dari mulut ke mulut (CPR) namun mangsa tidak memberi sebarang tindak balas,” katanya.

Beliau berkata seterusnya mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk menerima rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. – BERNAMA