Dari pusingan ke pusingan yang berterusan sejak pukul 9 pagi, TOT United diberikan tepukan yang gemuruh sekali lagi apabila digelar juara kebangsaan,

dan akan mewakili tanah air di Peringkat Akhir Dunia Neymar Jr’s Five yang akan diadakan di Sao Paolo, Brasil. Terdiri daripada Hazizi Mansor, Azwann Ismail, Abu Haniffa Hasan, Ali Mahat, Azri Rahman, Hazreen Ali, Syed Aizad Nasir, dan Syawal Ibrahim, TOT United menjaringkan empat-kosong dalam pusingan pertama, seri sama bagi pusingan kedua, dan menang dengan golden goal terhadap pasukan bersaing dalam perlawanan akhir – RTG Badboyz – untuk pengalaman sekali seumur hidup.

Sejak April, enam (6) pusingan kelayakan diadakan di seluruh Malaysia – UiTM Shah Alam, Taylor’s Lake Side, Educity Sports Complex – Johor, Ferro Futsal – Pahang, Azman Hashim USM Sports Arena – Penang, dan Real Sports Arena – Selangor. Dari sejumlah seratus sebelas (111) pasukan, dua puluh empat (24) pasukan layak dari setiap pusingan kelayakan untuk bersaing di peringkat akhir kebangsaan. TOT United dari Selangor telah bermain dan berlatih bersama sejak 2015.

“Selepas tujuh belas (17) perlawanan, akhirnya sampai kesini – kami teruja untuk mewakili Malaysia di Brasil,” kata Hazizi Mansor, kapten pasukan.

Para penonton juga mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sampingan termasuk Panna Football Challenge, dan FIFA 17™ Winner Stays (anjuran NaGaming), dimana mereka
bertanding untuk menangi barangan Nike dan Neymar Jr’s Five, serta hadiah wang tunai. Bagi On Target Challenge pula, Kisshaen A/C Ananthan berjaya membawa pulang tiket ke Brasil, untuk mengiringi TOT United beraksi di peringkat dunia.

Kejohanan Neymar Jr’s Five ini adalah konsep yang dicipta oleh pemain Brasil – Neymar Jr – dan Red Bull pada tahun 2016. Untuk musim kedua ini, Neymar Jr’s Five menarik hampir 90,000 peserta dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. TOT United akan mewakili negara untuk bersaing dengan wakil-wakil dari lima puluh dua (52) negara lain dalam kejohanan Neymar Jr’s Five Peringkat Akhir Dunia pada Julai ini.

Neymar Jr’s Five ialah kejohanan bola sepak lima sebelah global yang diilhamkan oleh pemain Brasil dan Barcelona Neymar Jr, dengan cara main bukan konvensional.

Peraturannya mudah; apabila satu pasukan gagal mempertahankan goal, mereka perlu hantar seorang ahli pasukan keluar. Setiap pusingan akan berlansung selama sepuluh (10) minit, atau sehingga satu kumpulan kehilangan kesemua pemainnya – inilah sebab kejohanan ini laju, teknikal, dan taktikal. Apabila wisel ditiup, pasukan dengan pemain paling ramai menang pusingan itu.

Kejohanan akhir global akan diadakan di Instituto Projeto Neymar Jr, Sao Paulo, Brasil. Pertubuhan ini adalah sebuah kompleks sukan dan pendidikan tidak berasaskan keuntungan yang ditubuhkan oleh Neymar Jr dan keluarganya.