Connect with:




Tolong tunjuk saya jalan keluar! Itulah luahan pemain Manchester United, Alexis Sanchez yang mengharapkan Paris Saint-Germain menawarkan kontrak buatnya yang ingin keluar dari United, Januari depan.

Penyerang Chile berusia 29 tahun itu dilihat semakin kecewa di Old Trafford setelah kehilangan tempatnya dan pengendali kelab berkenaan, Jose Mourinho turut mengkritiknya secara terbuka.

Dalam pada itu, persoalan bermain apabila Juara Perancis tersebut yang pernah memburu Sanchez masih berminat untuk menawarkan kontrak buatnya sekali lagi atau sebaliknya selepas Sanchez mengambil keputusan untuk memilih Old Trafford berbanding PSG ketika ketika dia meninggalkan Arsenal pada awal tahun ini.

Untuk rekod, Sanchez hanya mencetak sebanyak tiga gol Liga Perdana sejak menyertai United, tetapi dia meluahkan rasa kurang senang dengan ketidakadilan yang dilakukan Mourinho apabila tidak diberikan peluang untuk bermain.

Dia hanya beraksi empat perlawanan liga pada musim ini dan satu di Liga Juara-juara – seri tanpa jaringan di halaman sendiri ke atas Valencia.

Foto: TeamTalk