Connect with:




Acara ONE: A NEW ERA yang bakal berlangsung di Jepun, 31 Mac ini adalah satu sejarah tersendiri untuk sukan MMA dan ONE Championship sebagai promoter MMA terbesar di Asia.

Ini merupakan penampilan pertama ONE di Jepun yang sememangnya adalah perintis dalam sukan MMA terutamanya di Asia apatah lagi negara matahari terbit itu dikenali dengan pelbagai budaya seni mempertahankan diri.

Melihat kepada senarai pertarungan yang akan dijalankan esok di Ryogoku Kokugikan yang merupakan venue popular dalam sukan sumo, tidak dinafikan ia antara yang paling dahsyat dan cukup mengujakan.

Empat pertarungan merebut kejuaraan, debut dua bekas just UFC danDan pertembungan dua lagenda Muay Thai antara yang membuatkan ONE: A NEW ERA sedikit istimewa. Bagi mereka yang akan beraksi di sini, is sebenarnya satu penghormatan besar until diri mereka sebagai penggiat MMA.

Satu kebanggaan buat petinju Muay Thai negara, Mohammed bin Mahmoud yang turut akan beraksi apabila bakal menentang Panicos Yusuf dari Cyprus dalam aksi Super Series Muay Thai (bantamweight).

Mohammed sudah melupakan kekalahannya di Manila, Januari lalu dan tekad untuk menunjukkan kebangkitannya di Jepun. Lebih dikenali sebagai ‘Jordan Boy’ mempersiapkan diri menghadapi pertarungan dengan mengadakan kem latihan di Thailand. Misinya di Tokyo hanya satu – menewaskan lawan dengan Knock Out (KO).

Mohammed pernah melakukannya pada aksi debut di ONE pada Disember tahun lalu di Kuala Lumpur ketika bertemu Stergos Mikkios. Tidak mustahil untuk dia melakukannya sekali lagi di Tokyo nanti.

2019 setakat ini bukanlah tahun terbaik untuk bintang ONE dari Malaysia. Mohammed tewas di Manila, Jihin Radzuan di Bangkok, Ev Ting di Singapura dan Audreylaura Boniface di Myanmar. Jordan Boy perlu tamatkan kemarau kemenangan ini dan ONE: A NEW ERA adalah pentas terbaik untuk melakukannya.