Connect with:




Selepas melengkapkan sembilan perlawanan di Siri Jelajah Eropah, skuad hoki lelaki negara bakal berlepas ke Tokyo, Jepun, esok, bagi menghadapi Kejohanan Ujian Sukan Olimpik Tokyo 2020 “The Ready Steady Tokyo Hockey Test Event” yang akan bermula 17 hingga 21 Ogos ini di Stadium Hoki Oi, Tokyo Jepun.

Kejohanan ujian tersebut diadakan bagi memastikan lokasi serta prosedur operasi berada di landasan terbaik sebelum bermulanya Temasya Sukan Olimplik Tokyo 2020 dan hoki antara 56 perlawanan ujian yang akan berlangsung di sekitar Tokyo.

Selain Malaysia, acara tersebut turut disertai oleh India,  pasukan yang berada di ranking kelima dunia, New Zealand, ranking kelapan dunia dan tuan rumah Jepun yang berkedudukan di ranking ke-16 dunia.

Kejohanan ujian itu akan menggunakan format round robin dan selepas tamat pusingan tersebut, dua pasukan yang menduduki tangga teratas akan mara ke perlawanan akhir sementara dua lagi pasukan akan bersaing bagi kedudukan tempat ketiga dan keempat.

Malaysian Tigers akan memulakan saingan pada 17 Ogos bertemu India sebelum turun bertemu tuan rumah, Jepun pada 18 Ogos dan melengkapkan pusingan round robin pada 20 Ogos bertemu New Zealand.

Skuad hoki lelaki negara akan berlepas ke Tokyo, Jepun esok (Rabu, 14 Ogos 2019) jam 1200 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berikut merupakan senarai 18 pemain yang akan beraksi di Kejohanan Ujian Sukan Olimpik Tokyo 2020 “The Ready Steady Tokyo Hockey Test Event”.

  1. Kumar A/L Subramaniam (Pengaja Gol)
  2. Muhammad Hafizuddin Othman (Penjaga Gol)
  3. Mohamad Sukri Abdul Mutalib (Pertahanan)
  4. Faiz Helmi Jali (Pertahanan)
  5. Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (Pertahanan)
  6. Muhammad Najmi Farizal Jazlan (Pertahanan)
  7. Nabil Fiqri Mohd Noor (Pertahanan)
  8. Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran (Pertahanan)
  9. Muhammad Marhan Mohd Jalil (Tengah)
  10. Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (Tengah)
  11. Meor Muhamad Azuan Hasan (Tengah)
  12. Mohamad Ashran Hamsani (Tengah)
  13. Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (Tengah)
  14. Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad (Tengah)
  15. Norshafiq Sumantri (Penyerang)
  16. Muhammad Shahril Saabah (Penyerang)
  17. Muhammad Noor Firdaus Rosdi (Penyerang)
  18. Mohamad Akhimullah Anuar Esook (Penyerang)

 

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi pasukan Malaysia di Kejohanan Ujian Sukan Olimpik Tokyo 2020 “The Ready Steady Tokyo Hockey Test Event”.

17 Ogos: India lwn Malaysia (5.30 petang)

18 Ogos: Malaysia lwn Jepun (5.30 petang)

20 Ogos: Malaysia lwn New Zealand (8.30 pagi)

21 Ogos: Penentuan tempat ketiga dan keempat (8.30 pagi) / Penentuan Juara (11.00 pagi)

** Waktu perlawanan yang tertera adalah mengikut waktu di Malaysia.