Meskipun Selangor tewas kepada Terengganu FC (TFC) tempoh hari namun, pasukan Tok Gajah iaitu Pahang tidak memandang remeh atas kekalahan mereka. Pada Sabtu ini, kedua-dua pasukan bakal bertembung di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur yang menyaksikan perseteruan dua gergasi Tok Gajah dan The Red Giants.

Menurut pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata mereka harus membuat persediaan rapi memandangkan pasukan Selangor merupakan pasukan yang digeruni memandangkan prestasi mereka semakin meningkat.

“Segala peluang yang ada perlu dimanfaat memandangkan dan pemain Pahang perlu lebih berhati-hati kerana Selangor pasti mahu bangkit dari kekalahan sebelum ini.

Moral pemain Pahang sudah pun meningkat untuk mencapai keputusan yang lebih baik hasil dari kemenangan ke atas Kelantan sebelum liga berehat,” katanya kepada Berita Harian

Dengan sokongan padu daripada jentera tengah dan percaturan jurulatih, Dollah Salleh mampu menajamkan lagi jentera tengah dan serangan. Mengulas lebih lagi, Mohammed Sufian berharap skuad Pahang perlu memberi lebih tumpuan untuk memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong.

Foto Kredit: Pahang FA