Logo Liga Super

Dollah Salleh dan anak-anak buah pasti akan menjadi tumpuan selepas ini ekoran kejayaan memenangi 2 perlawanan awal Liga Super. Selepas membenam ego Darul Takzim FC di Kuantan menerusi kebangkitan dramatik babak kedua, Pahang menambah lagi 3 mata menerusi kemengan tipis 1-0  menewaskan Felda United.

Beraksi di Stadium MBPJ, tuan rumah Felda pada mulanya lebih banyak mengasak menerusi penyerang import mereka, Muhamad Ghaddar. Peluang terbaik mereka seterusnya datang dari Azi Shahril Azmi namun pemain tengah ini gagal menyempurnakan peluang tersebut.

Pahang yang menggunakan khidmat 100% pemain tempatan pada awal permainan turut mengancam kubu lawan menerusi gandingan Azamuddin Akil, R.Gopinathan dan Fauzi Roslan.

Dollah Salleh kemudiannya membawa masuk 2 pemain import, Mohamad Borji dan Nicolce Kleckarovski dan hasilnya menerusi hantaran lintang Fauzi Roslan, Borji berjaya menampan masuk bola kedalam gawang Felda pada penghujung perlawanan untuk membawa 3 mata pulang ke Kuantan.

Borji dan Nikolce meraikan kemenangan keatas Felda

Borji dan Nikolce meraikan kemenangan keatas Felda

 

Sementara itu, Aidil Zafuan menyelamatkan maruah Darul Takzim FC menerusi jaringan tunggal pada minit ke-48 untuk menewaskan Perak di Larkin.

Perak sebelum itu terpaksa bermain dengan 9 orang pemain sahaja selepas 2 pemainnya iaitu Hisyamudin dan Khairi Kiman diarahkan keluar padang oleh pengadil.

Kemenangan  yang disaksikan hampir 30,000 penyokong yang hadir ini pasti meredakan sedikit tekanan keatas pengendali pasukan, Fandi Ahmad ekoran kekalahan 2-3 kepada Pahang tempoh hari.

Dalam satu lagi perlawanan, Negeri Sembilan dan Terengganu sekadar seri tanpa jaringan di Paroi dengan Effa Owona dan Emmanuel De Porras masih lagi buntu untuk menghasilkan gol setakat ini.