Connect with:




Foto Kredit : Football Malaysia LLP

Sejurus perletakan jawatan selaku Presiden FAM, TMJ terus dilantik menjadi Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkuatkuasa serta-merta ketika itu juga.

TMJ juga berkata bahawa beliau ibarat seekor harimau yang tidak patutnya berada bersama-sama kambing biri-biri kerana harimau dan kambing biri-biri tidak boleh duduk sekali.

“Jika kamu belai seekor harimau dengan cara yang betul, dia akan jinak tetapi jika cara belaian dia kurang betul dia akan tunjuk cara perwatakan yang lain sikit,” kata TMJ.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, mengambil keputusan melantik Tunku Ismail setelah mencapai sebulat suara oleh kesemua 24 pemegang taruh organisasi berkenaan pada Kongres Tahunan FMLLP Kali Kedua, semalam.

Malah Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) juga telah bertukar kepada MFL kerana ingin jadi sebuah badan bebas dan tidak terikat dengan FAM. Kini MFL ingin bergerak kearah lebih baik seperti apa yang berlaku di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Sepanyol (La Liga).

Ini bermakna, liga Malaysia akan diurus sepenuhnya oleh MFL termasuklah peraturan dan jadual liga selain terus menarik sponsor untuk pasukan dalam liga Malaysia. Sementara itu FAM pula memberi fokus kepada pembangunan akar umbi dan prestasi skuad kebangsaan dari semasa ke semasa.

Dengan berpisahnya MFL dengan FAM, maka FAM tiada lagi kuasa mereka dalam liga Malaysia terutama dari segi peraturan dan jadual perlawanan kerana kuasa mutlak kini diurus oleh MFL.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasminya telah melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas mengadakan sidang media Majlis Kongres Kedua di Johor Bahru semalam.

Beliau melepaskan jawatan Presiden FAM setelah menerima kritikan hebat dari penyokong ekoran prestasi yang kurang memuaskan skuad senior kebangsaan.

“Mereka lebih melihat prestasi skuad senior berbanding prestasi skuad muda negara kita yang telah mencapai beberapa kejayaan cemerlang termasuklah layak ke AFC tahun ini,” ujar TMJ.

Malah pada masa  yang sama, TMJ mencadangkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai calon paling sesuai untuk menggantikan beliau menerajui FAM kerana pengalaman luas beliau dalam bola sepak.

Foto Kredit : Football Association of Malaysia (Official)