Connect with:




Tengku Mahkota Johor, DYMM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menerusi laman facebook rasmi JDT dan FAM hari ini seakan memberi bayangan untuk berundur sebagai Presiden FAM.

Dalam post terbaru FAM, TMJ ada mengeluarkan kenyataan bahawa Presiden FAM harus meletakkan jawatan atas kejatuhan merudum ranking pasukan kebangsaan.

TMJ sebelum itu menyatakan beberapa tugasannya telah selesai sepertie memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang kepada bolasepak negara , menyediakan pelan jangka panjang untuk bola sepak negara seperti melakukan kerjasama bersama dan memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia untuk meningkatkan kestabilan kewangan.

Sementara skuad kebangsaan terus dirundung malang, skuad B23, B19 dan B16 pula berjaya mencipta kejayaan tersendiri beraksi peringkat tertinggi di Asia.

Post yang sama turut dimuatnaik di laman facebook Johor Southern Tigers namun terdapat ayat tambahan,

“Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya… Daddy’s home!”

Adakah TMJ benar benar meletakkan jawatan di FAM atau ini adalah bayangan kepada exco agar membuat keputusan sama ada mahu menukar kepimpinan yang baharu?