Connect with:




Foto Kredit : IG norfarhan_muhammad

Melalui media sosial miliknya, beliau telah memuat naik satu ayat ‘tipulah kalua xsedih kan.!!, Kenangan tetap kenangan’. Dari meej ini, jelas bahawa Nor Farhan masih lagi meratapi kesedihan dan sudah tentu beliau sukar untuk menerima keputusan ini.

Bekas pemain Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Nor Farhan Mohammad yang lepaskan oleh KAFA nampaknya masih sayangkan Kelantan setelah beberapa musim bersama The Red Warriors (TRW).

Beberapa musim bersama Kelantan selain membantu Kelantan meraih kejayaan demi kejayaan, kenangan bersama pasukan sudah tentu begitu banyak dan sukar untuk beliau sendiri melupakan semua itu.

Ketika bersama pasukan TRW, Nor Farhan pernah membantu Kelantan muncul juara termasuklah rangkul tiga piala dalam satu musim iaitu Liga Super (2012) , Piala Malaysia (2010, 2012) dan Piala FA (2012, 2013) selain naib johan Liga Super (2010), Piala FA (2009,2013) Piala Malaysia (2009, 2015) dan Piala Sumbangsih (2012).

Nor Farhan juga pernah menerima anugerah peribadi seperti pemain muda terbaik pada 2005 dan penyerang terbaik tempatan pada 2013 dan 2014.

Foto Kredit : IG norfarhan_muhammad

 

Beliau kini akan bersama dengan pasukan baharu iaitu D’AR Wanderers yang akan bermain dalam saingan Liga FAM musim ini. Dari Liga Super yang gah tetapi kini terpaksa bermain dalam saingan liga bawahan sudah tentu satu cabaran kepada beliau untuk bangkit kembali membuktikan kemampuan bahawa beliau masih diperlukan.

Foto Kredit : goal.com