Persiapan Untuk Pendaki Gunung Yang Baru

Keselamatan adalah perkara yang amat penting ketika melakukan aktiviti luar. Anda memerlukan pengetahuan, pengalaman dan peralatan yang sesuai dan berfungsi untuk melakukan aktiviti perkhemahan dan pengembaraan.

Tips sebelum mula mendaki :-

1. Pilih kawan-kawan yang mempunyai pengalaman: Sebelum menjalani aktiviti pendakian, adalah lebih baik jika anda dapat mendaki dengan kawan yang berpengalaman luas, kerana ini dapat mengurangkan risiko hilang atau kemalangan.

2. Stamina yang kuat untuk mendaki: Jika pendakian anda adalah yang pertama kali, anda WAJIB memastikan kawasan yang bakal di daki itu bersesuaian dengan tahap stamina dan kemampuan anda. Mendaki bukit/gunung yang di luar kemampuan  kecergasan anda boleh menyebabkan kecederaan. Bagi yang baru mula mendaki boleh mencuba,:- di sekitar KL-Bukit Saga, Bukit Gasing, Bukit Broga, Bukit Tabur : NS- Gunung Angsi, Gunung Datok.

3. Bersama kumpulan yang berkemahiran: Adalah penting untuk anda mengikut aktiviti mendaki dengan kumpulan yang berpengalaman dan berkemahiran supaya mereka dapat membimbing dan membantu anda semasa pendakian.

4. Mesti menyediakan peralatan peribadi: Jangan beri alasan yang tidak munasabah untuk membawa peralatan peribadi. Mendaki dengan tangan kosong akan menyusahkan diri sendiri begitu juga jika tidak mengunakan pakaian dan kasut yang sesuai. Malah ada juga yang mendaki tidak membawa air minum atau membawa air sedikit sahaja. Anda mesti membawa barang peribadi supaya pendakian anda selesa dan selamat.

5. Tinggalkan pesanan kepada keluarga atau saudara terdekat: Beritahu perjalanan anda kepada keluarga atau saudara sebelum keluar mendaki. Anda diingatkan tidak membuat panggilan kecemasan jika perkara yang berlaku itu bukan kecemasan yang sebenarnya.

6. Mengamalkan sikap hormat alam dan hargai alam semulajadi: Jangan cuba mengganggu kehidupan alam dengan melakukan kerosakan dan kekotoran. Anda diwajibkan mengalakan sikap 3R iaitu ‘RECYCLE, REUSE, REDUCE.’

APA ITU MENDAKI?

Mendaki adalah merupakan sejenis aktiviti lasak yang memerlukan peneraju aktiviti ini untuk berjalan, diatas binaan alam semulajadi, atau lebih tepat lagi mengikut aliran trail dakian. Aktiviti ini sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun. Aktiviti mendaki dilakukan secara aktiviti luaran, namun ada juga dilakukan secara dalaman misalnya mendaki di dalam gua besar yang beruangan besar, curam, berbatu-batuan dan berstruktur tinggi.