Connect with:




Lotto berkongsi tips tentang pemilihan kasut yang ideal untuk prestasi maksimum di padang. Dengan kepelbagaian bangsa di Malaysia, bola sepak menjadi permainan pilihan utama yang menyatukan semua bangsa. Tetapi sebelum itu perkara penting yang perlu dipertimbangkan oleh setiap pemain ialah pemilihan kasut. Berikut adalah tips dari Lotto untuk memilih kasut yang sesuai:

 

  1. Permukaan permainan/padang

Sebelum anda mula memikirkan tentang jenis kasut, fikirkan tentang jenis permukaan padang Memakai kasut yang salah pada permukaan yang salah boleh melemahkan prestasi permainan atau lebih buruk, ia boleh menyebabkan kecederaan serius. Permukaan padang boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu:

Kawasan Kejiranan/Padang Lapangan: Permukaan ini selalunya menjadi pilihan untuk pemain di kawasan yang kerap hujan. Pilihan kasut yang tepat adalah yang ringan dan lembut kerana permukaan ini sesuai untuk permainan bola harian. Stud di kasut juga boleh ditukar oleh pemain jika mahu.

Stadium Bola: Ini adalah permukaan rumput semulajadi di mana lokasinya tidak hujan secara kerap.Lokasi professional di mana kasut yang tepat perlulah yang lebih tahan lasak dan juga mempunyai stud untuk cengkaman yang lebih kuat ketika bermain.

Turf: Rumput buatan adalah permukaan serat sintetik yang dibuat seperti rumput semulajadi. Ia paling kerap digunakan di arena untuk sukan yang pada mulanya atau biasanya dimainkan di rumput.

Padang Tertutup: Direka untuk sebarang jenis permainan bola sepak tertutup.

 

 

  1. Kedudukan pemain

Langkah seterusnya adalah untuk memastikan kedudukan dan gaya permainan anda. Semua individu mempunyai gaya dan pendekatan yang berbeza. Ada pemain yang terus memegang kedudukan tertentu, sementara ada yang terbuka kepada apa saja kedudukan yang ditetapkan.

 

  • Penjaga Gol – Memerlukan kasut yang menawarkan keupayaan untuk bergerak dengan cepat dan pada masa yang sama, melakukan pertahanan dengan baik.
  • Pemain pertahanan – Kasut yang sesuai adalah kasut yang memberi perlindungan dan membolehkan ‘passing’ yang baik.
  • Pemain Tengah – Memerlukan kasut yang menawarkan kawalan dan keupayaan untuk berlari di padang selama 90 minit dengan selesa.
  • Pengadang Tepi – Cari kasut ringan yang menyediakan keupayaan untuk menukar arah dengan cepat.
  • Pemain Hadapan – Kasut yang mempunyai berat minimum tapi mampu memberi Gerakan kuat untuk memulakan sepakan permulaan

 

 

  1. Saiz Penting – Tidak terlalu besar atau terlalu kecil

Adalah penting bagi pemain untuk memilih kasut yang sesuai mengikut saiz kerana kasut yang tepat akan membantu permainan berjalan dengan lancar. Berikut adalah beberapa tips untuk memilih saiz yang betul:

  • Peraturan umum adalah untuk mempunyai ruang ¼ atau ½ inci antara jari kaki dan bahagian atas kasut. Jika anda mempunyai ruang lebih daripada itu, saiz kasut anda adalah terlalu besar. Jika jari kaki anda menekan ke atas kasut, ia adalah terlalu ketat jadi cuba cari saiz yang lebih besar sedikit.

 

 

  1. Pertimbangkan bahan-bahan yang digunakan

Sekiranya sebahagian besar permainan anda berdasarkan pada kelajuan, anda mungkin ingin mencari sepasang kasut yang lebih ringan yang diperbuat daripada bahan sintetik. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pemain pertahanan atau anda bermain di bahagian tengah, dapatkan sepasang kasut yang menggunakan kulit semula jadi kerana ianya menawarkan lebih banyak perlindungan.

Jika anda tidak pasti dimana anda akan bermain bola sepak, hanya beli sepasang kasut asas untuk rumput dengan acuan kelopak plastik. Ini adalah kasut yang paling serba boleh di rumput, padang berlumpur dan rumput buatan.

“Bola sepak adalah salah satu daripada keutamaan Lotto. Reka bentuk dan keselesaan yang tiada tandingannya, kasut bola Lotto direka untuk pemain yang ingin mencipta semula permainan, menentukan rentak dan menulis semula peraturan. Ia mempunyai teknologi Puntoflex yang terkini yang memberikan fleksibiliti dan pulangan elastik yang sangat baik,” kata Puan Norita Mohd Noor, Pengurus Besar Prestige Sport Sdn Bhd.

Sebagai tambahan untuk fleksibiliti, kasut bola sepak Lotto juga mempunyai ‘Enerturn’ dan ‘Reactive Gel’, sistem penyerapan dalam pelbagai aspek bahan elastik berganda yang padat dimana ia mampu menyebarkan daya impak negatif dan mengembalikan tenaga terkumpul kepada pemain.