Connect with:




Seperti yang telah diumumkan minggu lepas, empat kelab Eropah, Manchester United, Juventus, Inter Milan dan Spurs akan berkunjung ke Singapura untuk aksi Piala Cabaran Antarabangsa (ICC 2019) pada 20 dan 21 Julai ini.

Penganjur semalam mengumumkan tiket bagi aksi Manchester United menentang Inter Milan mencipta rekod tersendiri selepas kuota yang diberikan untuk penjualan awal telah habid dibeli para peminat.

Bagaimanapun, peminat tidak perlu risau kerana penjualan fasa kedua akan diumumkan tidak lama lagi.

Turut sama dijual ketika ini adalah tiket perlawanan Juventus menentang SPurs pada 21 Julai. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Singapura.

Tiket perlawanan boleh dibeli di https://sportshub.com.sg/ICC2019