Connect with:




Susulan penggunaan tiket perlawanan palsu di Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah, seorang lelaki telah berjaya ditangkap dalam aksi Liga Perdana antara Sabah dan Sarawak, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, tiket yang digunakan oleh lelaki tersebut ketika ingin masuk ke dalam stadium menyerupai dengan tiket yang asli.

Namun berdasarkan pemeriksaan teliti oleh pengawal di sebuah pintu masuk, kepalsuan tiket itu terbongkar apabila cop rasmi Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) tidak sama dengan yang original.

Menurut Timbalan Presiden 2 Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Lawrence Gimbang, mesyuarat berhubung kes berkenaan akan diadakan sebelum dia mengeluarkan kenyataan esok.

Kehadiran 10 000 penyokong pada perlawanan Sabtu lalu merupakan kehadiran penyokong yang paling ramai dicatatkan pada musim ini dan dijangka akan meningkat pada aksi pusingan kedua Piala FA, Sabtu ini.