Bekas pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods akhirnya menamatkan kemarau kejuaraan major selama 11 tahun selepas berjaya menjuarai Master edisi ke-83. Woods menjulang Master kelima selepas kali terakhir pada tahun 2005. Kali terakhir Woods memenangi kejuaraan major pada tahun 2008 di US Open. Kini Woods melonjak ke tangga keenam dalam ranking golf dunia. Mari kita lihat rekod kejuaraan yang dicapai Woods dari 1997 sehingga 2019 dalam semua kejohanan yang disertainya.
Master Tournament (5 kali juara) : 1997, 2001, 2002, 2005, 2019
U.S Open Championship (3 kali juara) : 2000, 2002, 2008
The Open Championship (3 kali juara) : 2000, 2005, 2006
PGA Championship (4 kali juara) : 1999, 2000, 2006, 2007
Selain daripada kejuaraan major, Woods turut memenangi kejohanan jelajah di serata dunia. Bagi PGA Tour, Woods telah memenangi sebanyak 81 kali, kedua terbanyak dalam rekod keseluruhan. Untuk European Tour, 41 kemenangan diraih Woods meletakkannya di tempat ketiga paling banyak menjulang kemenangan di European Tour. Woods juga memenangi jelajah di Japan (2 kali), Asia dan PGA Australasia (1 kali).
Woods juga turut mendapat pelbagai anugerah hasil pencapaiannya dalam suka golf. Berikut kami sertakan pencapaian dan anugerah yang dimenangi Woods.
PGA Tour Rookie of the Year : 1996
PGA Player of the Year : 1997, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2005, 2006, 2007, 2009, 2013
PGA Tour Player of the Year : 1997, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2005, 2006, 2007, 2009, 2013
PGA Tour leading money winner : 1997, 1999, 2000, 2001, 2002, 2005, 2006, 2007, 2009, 2013
Vardon Trophy : 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2005, 2007, 2009, 2013
Byron Nelson Award : 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2005, 2006, 2007, 2009
FedEx Cup Champion : 2007, 2009
Foto : Sportskeeda