Connect with:




 

Ekoran penampilan cemerlang ketika di kejohanan Eropah baru-baru ini telah menarik perhatian kelab terbaik dunia, Paris Saint-German (PSG) dan mereka telah memilih tiga wakil Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) B-13 untuk menyertai mereka dalam satu Kejohanan Antarabangsa V Memorial Giuseppe Augello di Itali dari 21 hingga 24 Jun ini.

Hazriq Haqqim Mohd Izham, Rohisham Haiql Hashim dan Mohammad Haykal Danish adalah tiga pemain yang akan mewakili PSG dan ini adalah peluang terbaik untuk mereka menimpa pengalaman bersama kelab dan pemain terbaik dunia di kejohanan tersebut.

Jika mereka terus konsisten, tidak mustahil pemain-pemain ini akan mewakili kelab terbaik di Eropah pada masa akan datang. Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ketika skuad kendalian Lim Teong Kim beraksi di Eropah sebelum ini pun, telah menarik minat banyak kelab dari Eropah.

Moga perkembangan ini akan membuka lembaran baru kepada bola sepak negara dan akan lebih ramai pemain muda mengikut jejak mereka ini.

Foto Kredit : Bernama