Sumber: Business Line

1. Neymar Jr.
• Pada perpindahan musim panas yang lalu, pemain emas Barcelona, Neymar Jr ke pasukan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG). PSG telah membuat pembayaran sebanyak 222 juta Euro (RM1,110.29 billion) yang merupakan rekod baru dalam sejarah bola sepak antarabangsa.

Dalam masa itu, ada juga netizen yang telah membanding yuran perpindahan Neymar boleh mendapatkan sebuah pesawat Boeing 787 Dreamliner. Dalam pada itu, rekod perpindahan termahal yang terdahulu adalah menerusi, Paul Pogba dari kelab Juventus ke Manchester United dengan nilai 105 juta Euro (RM525.16 juta).

Pemain kelahiran Brazil ini juga telah menyumbat tujuh gol dalam 10 penampilan bersama kelab barunya itu. Kelincahan dan kehebatan individu ini sememangnya sudah diketahui umum dan ramai meramalkan Neymar bakal menjadi pemain pertama memecah dominasi Ronaldo dan Messi.

Sumber: The Net

2. Kylian Mbappe.
• Dalam usianya baru 18 tahun, beliau sudahpun tersenarai sebagai calon dalam Ballon d’Or 2017 yang berasal dari Perancis. Beliau juga kini mnejadi rakan sepasukan Neymar di PSG telah mencuri tumpuan dengan kelincahan dan naluri sebagai penyerang yang kuat telah mencuri tumpuan netizen dan kelab-kelab bola sepak.

Desas-desus mengatakan cara permainan pemain muda ini iras seperti lagenda bola sepak Perancis Thierry Henry, dia juga telah membuat lapan penampilan bersama skuad kebangsaan Prancis. Jadi tidak hairanlah jika satu masa nanti pemain ini berjaya menggantikan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sebagai lagenda bola sepak antarabangsa.

 

Sumber: Bleacher Report

3. Antoine Griezmann.
• Pada anugerah Ballon d’Or 2016 yang lalu, dia hanya berpuas hati sekadar meraih tempat ketiga dalam anugerah itu dibelakang Ronaldo dan Messi.

Griezmann juga menerima pujian oleh peminat bola sepak apabila kekal setia bersama kelabnya, Atletico Madrid selepas menerima tawaran kelab dari England, Manchester United. Dia hamper berhijrah ke ‘Red Devil’ tetapi di saat akhir proses jendela perpindahan dia menukar fikiran untuk terus bersama Atletico Madrid.

Pemain kelahiran Perancis ini berjaya mencuri tumpuan di Euro 2016 apabila berjaya membantu Perancis memasuki perlawanan akhir dan memnangi anugerah Kasut Emas dan Pemain Terbaik kejohanan tersebut.

 

Foto kredit: Goal dot com