Manchester City, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain masing-masing telah mengesahkan kejuaran lebih awal meskipun perlawanan liga masih belum tamat.

EPL

Foto Kredit : FB Manchester City

Biarpun perlawanan liga berbaki Sembilan lagi perlawanan, Man City kini gah berada di puncak liga dengan 78 mata, 16 mata di hadapan Man United dan agak mustahil untuk mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku.

Kini persaingan EPL lebih tertumpu kepada kedudukan nombor dua, tiga dan keempat kerana jarak mata antara satu pasukan dengan satu pasukan begitu hampir. Musim depan, tempat keempat akan terus bermain UCL dan ini akan menambahkan tarikan untuk peminat melihat pasukan masing-masing layak atau tidak.

Bundesliga  

Foto Kredit : FB FC Bayern München

Bayern Munich seakan-akan sukar untuk di cabar oleh mana-mana pasukan apabila mereka begitu selesa mendahului dengan jarak 20 mata dengan pasukan di tempat kedua. Berbaki Sembilan perlawanan lagi, Bayern Munich boleh terus menyimpan piala Bundesliga apabila bakal meraih kejuaraan kali ke-6 berturut-turut liga musim ini.

Bayern Munich yang bermula agak perlahan di awal liga di bawah Carlos Ancelotti namun setelah Jup Heynckes mengamil alih peranan jurulatih Bayern Munich, gaya permainan mereka terus berubah dengan kemenagan demi kemenangan diraih oleh mereka.

Bundesliga juga nampak menarik apabila 5 pasukan masih berpeluang untuk merebut tiga lagi slot untuk bermain di UCL musim depan.

Ligue 1

Foto Kredit : FB PSG – Paris Saint-Germain

PSG juga antara kelab yang sudah mengesahkan kejuaran lebih awal biarpun perlawanan liga berbaki 10 lagi perlawanan. 14 mata mendahuli Monaco sudah tentu sukar untuk mereka mengejar skuad bimbingan Unai Emery ini kecuali PSG kalah kesemua 10 perlawanan terakhir mereka dan Monaco perlu menang baki perlawanan. Namun itu nampak agak mustahil untuk berlaku dengan prestasi PSG ketika ini.

Daripada 28 perlawanan, PSG mencatat 24 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan dengan 86 jaringan berjaya di hasilkan. Ini sudah cukup membuktikan mereka kini berada di kelas tersendiri dan sukar untuk di gugat oleh mana-mana pasukan.

Kejuaraan ini juga membolehkan mereka merampas kembali kejuaraan dari Monaco apabila mereka terlepas kejuaraan Ligue 1 musim selepas setelah mempertahankan kejuaran liga empat musim berturut-turut.

Dalam permainan bola sepak selagi belum tamat sesuatu persaingan, apa-apa sahaja boleh berlaku kerana bola sepak penuh dengan keajaiban.