Atlet pecut negara, Badrul Hisyam Manap tidak terkilan selepas namanya tidak disenaraikan dalam acara individu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Badrul, 20, menyatakan bahawa dia tetap akan menberikan yang terbaik untuk negara walaupun dalam apa-apa acara yang bakal beliau beraksi nanti.

Beliau merupakan pemenang pingat emas dalam temasya Sukan Sekolah ASEAN 2015, bertekad untuk membantu negara dalam acara kuartet 4×100 meter pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 do Bhubaneswar, India.

Misi utama Badrul kali ini adalah untuk perbaiki rekod kebangsaan dalam acara 4×100 meter selepas beliau berjaya mencatat rekod terbaik peribadi 10.34 saat.

Di samping itu, Badrul akan bersama tiga pelari lain yang terdiri daripada Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa dan Khairul Hafiz Jantan.

Menurut beliau, acara kuartet ini merupakan acara baru di India dan mereka belum lagi mencuba kombinasi itu disini.

“Harapan saya, kami dapat melakukan yang terbaik dan memecahkan rekod kebangsaan 39.67s yang dilakukan pada Sukan SEA Singapura 2015,”katanya.

Tambahnya, Nixson akan menggalas tugas sebagai pelari pertama diikuti Jonathan dan Khairul terakhir.