Lebih kurang jam 8.31 malam, atlet timbang bola gaya bebas, Nik Khairul Anuar Iskandar, 22 telah dipukul oleh tiga individu dan mengalami kecederaan muka di Alor Setar, semalam.

Dalam kejadian tersebut, dia yang baru sahaja keluar dari sebuah pasar raya berhampiran Menara Alor Setar menuju ke tempat parkir untuk meletakkan lampin pakai buang bayi mendakwa telah dipukul oleh tiga individu yang tidak dikenali.

Menurut Sinar Harian, bapa kepada dua orang anak ini berkata tidak perasan ada tiga orang datang dan terus memukulnya di muka, hidung dan belakang kepala ketika meletakkan barang.

“Apabila sedar dari pengsan, saya mendapati muka dan hidung saya berdarah” Katanya pada wartawan Sukan Sinar.

Dia juga menyuarakan terima kasih atas pertolongan orang berhampiran yang datang menyelamatkannya.

Laporan polis mengenai insiden berkenaan belum dibuat sehingga ke hari ini dan dia masih mencari punca dia dipukul.

Selepas memuat naik insiden tersebut, ramai netizen menasihatinya untuk membuat laporan polis demi keselamatan diri dan keluarganya.

Foto Kredit: Babab