Connect with:




Baru berusia 22 tahun, namun nama Mohammad bin Mahmoud semakin dikenali sebagai seorang hero negara dalam arena muay thai.

Selepas aksi cemerlang debutnya di ONE Championship Disember lalu di Malaysia, atlet yang dikenali dengan gelaran ‘Jordan Boy’ ini sekali lagi akan diuji. Kali ini, beliau berdepan cabaran dari petinju Jepun, Hiroaki Suzuki pada 25 Januari di Manila bersempena ONE: HERO’S ASCENT.

Mohammed mahukan kemenangan kedua buat dirinya untuk dibawa pulang dalam pertembungan ONE Super Seris Muay Thai tersebut. Beliau bagaimanapun tidak merasakan tekanan menjelang aksi di Manila ini.

“Saya sangat bersyukur dengan keadaan semasa. Saya sihat dan jarang mendapat kecederaan.

“Ini semua berkat sokongan padu dari orang sekeliling saya sejak 4 tahun yang lepas.”

Mengenai peluangnya pada perlawanan tersebut, Mohamed menyedari Suzuki, juara dunia lightweight shoot boxing seorang yang terkenal dengan aksi menyerang namun beliau tidak mahu terlalu memikirkan status lawannya itu.

“Saya sudaah bersedia dari segi mental dan fizikal.

“Saya sebenarnya agak terkejut ditawarkan peluang untu beraksi kerana saya baru sahaja beraksi sebulan yang lalu. Apa pun saya tetap terima dan mahu meneruskan rekod cemerlang dalam ONE Championship ini”.