Connect with:




Berikutan isu pemain Iceland dilarang melakukan hubungan seksual sepanjang perlawanan Piala Dunia di Rusia, jurulatih Heimir Hallgrinmsson memberitahu mereka akan dibenarkan melakukan perkara itu hanya bersama isteri menjelang aksi Piala Dunia menentang Nigeria, lapornya pada Khamis.

Dalam pada itu, seorang wartawan Iceland bertanya sekiranya skuad Iceland dilarang melibatkan diri dalam hubungan seks, kemudian kapten Iceland, Aron Gunnarsson berkata sambil ketawa: “Buat masa ini, ya.”

Hallgrimsson turut bersuara: ‚ÄúSelagi ia dilakukan dengan para isteri, kami tidak akan ‘ban’ seks di kejohanan ini.”

Sementara itu, pemain Iceland bakal berjumpa semula dengan ahli keluarga mereka di Volgograd di mana mereka akan berdepan Nigeria pada Jumaat dalam kumpulan D, dengan pusingan kalah mati selepas seri 1-1 dengan Argentina pada Sabtu lepas.

Foto Kredit: FB Iceland Football Team