Connect with:




Pengendali pasukan Kuala Lumpur FA (KLFA), Fabio Joaquim Maciel da Silva berkata tiada istilah ‘rehat’ dalam bola sepak seluruh dunia ini, namun  beliau faham bahawa itu adalah cara sopan pengurusan pasukan bola sepak itu memecat beliau dari tugasnya.

” Saya tiada masalah langsung dengan pengurusan Kuala Lumpur mengenai perkara ini dan saya perlu professional tetapi saya berharap mereka dapat memenuhi dan menghormati klausa-klausa yang terdapat dalam kontrak saya,” ujar jurulatih yang berasal dari Brazil ini.

Pengurusan The City Boys telah ‘merehatkan’ Fabio setelah mereka mengalami kekalahan 1-5 ketika perlawanan pembukaan Piala Malaysia kepada Terengganu. Sebelum itu, pasukan berada di kedudukan ke-10 Liga Super dengan merekodkan jaringan kedua terbanyak dibelakang JDT.

” Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu staff kejurulatihan saya, pemain-pemain yang bekerja keras untuk KLFA dan kepada semua penyokong yang tidak henti memberi sokongan kepada kami,”

” Tiada siapa tahu kesusahan yang saya alami ketika saya mula mengambil alih pasukan namun saya harus akur dengan keputusan pengurusan dan saya perlu profesional,”

Posisi beliau sebagai ketua jurulatih ketika ini diambil alih oleh pembantu beliau, Chong Yee Fatt. Kuala Lumpur bakal meneruskan saingan Piala Malaysia dengan berdepan Felcra FC Ahad ini.