Connect with:




Presiden FIFA, Gianni Infantino memberitahu aksi Piala Dunia boleh berhenti atau ditinggalkan sekiranya berlaku kejadian perkauman.

Dalam pada itu, negara tuan rumah, Rusia telah lama mempunyai masalah dengan isu perkauman dalam arena bola sepak, dan ramai yang ketakutan jika masalah itu berbangkit lagi semasa kejohanan, bermula Khamis depan.

FIFA telah mengenakan denda ke atas Rusia $ 30,400 selepas pemain Perancis terlibat dengan penyalahgunaan rasis semasa aksi persahabatan pada bulan Mac.

Mengulas mengenai ancaman penyalahgunaan perkauman semasa perlawanan, Infantino berkata akan ada “kesan yang serius” sekiranya ada insiden itu berlaku.

“Saya tidak mengatakan bahawa kita prihatin terhadap diskriminasi, hak asasi manusia dan keselamatan tetapi kami menganggapnya dengan serius, Kami telah mengambil langkah yang sewajarnya dalam proses persiapan undang-undang di sana,” katanya.

“Kami akan mempunyai prosedur yang jelas, termasuk proses tiga langkah untuk pengadil dimana meraka boleh menghentikan, menangguhkan bahkan meninggalkan perlawanan sekiranya berlaku isu diskriminasi.

“Kami mempunyai sistem pemantauan dan sekatan sekiranya sesuatu berlaku.

“Kami dengan jelas berharap perkara itu tidak berlaku dan semua orang telah pun diberi amaran bahawa akibat buruk akan berlaku jika itu terjadi.”

Bercakap tentang ancaman perkauman, pertahanan England Danny Rose pada  Rabu mengatakan dia telah memberitahu keluarganya untuk tidak pergi ke Rusia  bagi mengelakkan dirinya didera.

Foto Kredit; naijafeed