Pasukan Hoki Terengganu (THT) berjaya bangkit untuk menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 2-1 dalam perlawanan terakhir sebentar tadi.

Kemenangan ini membolehkan mereka merangkul kejuaraan Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia 2018 dan kejuaraan pertama mereka untuk musim ini.

THT juga berjaya merampas kembali takhta kejuaraan dari pasukan KLHC yang dimenangi mereka pada tahun lepas.

Pasukan KLHC yang turun memburu kejuaraan hatrik musim ini, bagaimanapun terpaksa menunggu hingga minit ke-36 apabila Nabil Fiqri Mohd Noor berjaya menjaringkan gol pertama buat KLHC.

Tersentak dengan jaringan itu, THT memperkemaskan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Faizal Saari pada minit ke-50. Lopez Barreiros muncul wira THT apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-53.

Setakat ini, kejuaraan Liga Premier sukar di gugat oleh mana-mana pasukan kerana kejuaraan ini sering di dominasi oleh THT dan KLHC.

Foto Kredit : FB Malaysian Hockey Confederation